Ya Allah Tuhan kami
Kurniakanlah keimanan dan kesabaran
kepada pasangan ini supaya mereka
berjaya menempuh segala dugaan,
Kurniakanlah ketaqwaan dan kesyukuran
kepada pasangan ini supaya mereka
sentiasa menerima nikmat Mu,
Kurniakanlah keredhaan dan keinsafan
kepada pasangan ini supaya mereka
dapat beramal ibadat ke jalan yang benar,
Kurniakanlah ketabahan dan kecekalan
kepada pasangan ini supaya mereka
menjadi hamba Mu yang berjaya di dunia
dan akhirat serta kurniakanlah
kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Amin Ya Rabbal Alamin