Undangan kami setulus hati, dengan izin Allah SWT sudilah meraikan majlis ini. Semoga dengan kehadiran para undangan yang dihormati akan menyerikan lagi majlis kami. Sekian terima kasih.
–
Ya Allah, Ya karim
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
Aamiin